Khasiat Cincin Batu

khasiat+batu+cincin
Sunnah Pemakaian Cincin Dan Khasiat Batu

Adalah suatu sunat muakkad untuk para lelaki dan wanita kaum muslim memakai cincin di tangan kanan. Para Syiah akan dikenali menerusi simbol-simbol ini, antaranya, memakai cincin di tangan kanan, solat fardhu tepat pada waktunya, memberi zakat serta amal makruf nahi mungkar.

Sebuah hadis dari Salman Al Farisi menyatakan bahwa Nabi (sawa) telah meminta Imam Ali untuk memakai cincin di tangan kanan, supaya beliau tergolong dalam golongan Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah swt). Imam bertanya kepada Rasulullah siapakah golongan muqarrabin itu, yang mana Rasulullah menjawab Malaikat Jibril dan Mikael. Kemudian bertanya lagi Imam, tentang batu apa yang beliau perlu pakaikan bersama cincin itu. Rasulullah (sawa) menjawab agar dipakai batu Aqiq, kerana batu ini telah menerima tauhid Allah swt, kenabian Rasulullah sawa dan wilayah Imam Ali serta syurga untuk para sahabat Imam Ali dan Syiahnya.

Imam Ar Ridha as pernah ditanya tentang sebab Imam Ali memakai cincin di tangan kanannya. Imam menjawab ia adalah kerana Imam Ali adalah ketua bagi golongan Ashabi Yamin, yakni orang-orang yang buku amalannya akan diberikan di tangan kanan. Tambah beliau lagi, Rasulullah sendiri memakai cincin di tangan kanan.

Imam as Sadiq telah menyatakan bahwa Rasulullah sawa selalu memakai cincin di jari pertamanya, dan melarang pemakaian cincin di jari tengah. Cincin juga patut berada di posisi hujung jari, di mana ia bersambung dengan telapak tangan. Bacalah doa ini ketika menyarungkan cincin, “Ya Allah, jadikanlah aku dikenali melalui tanda keimanan ini. Jadikanlah kesudahan ku berbaloi dan pengakhiran ku baik walaupun di dunia seterusnya.”

Sunnahnya ialah mengenakan cincin perak. Sudah tentu emas haram untuk lelaki. Memakai cincin besi dan tembaga adalah makruh untuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, mengikut kata-kata Imam Sadiq, Rasul meminta agar tidak dipakai cicin besi ketika bersolat.

Berikut ialah hadis-hadis mengenai jenis batu dan khasiatnya. Juga diambil sebagai rujukan adalah kajian-kajian bebas berkaitan batu-batu ini.

Aqiq

Imam Muhammad al Jawad(as) mengatakan bahawa Aqiq menghalang kefakiran dan menghilangkan kekeliruan di dalam hati.

Imam As Sadiq berkata, Aqiq membawa keselamatan ketika bermusafir.

Imam al Baqir (as) berkata: “Sesiapa yang mempunyai cincin Aqiq, memusingkannya ke arah telapak tangan, melihat ke arahnya lalu membaca surah Al Qadar, lalu Allah akan melindungi pemakainya seharian, dari segala masalah samada dari langit atau bumi.”

Salah satu dari adab bersolat ialah dengan memakai cincin Fairuz atau Aqiq. Telah diriwayatkan bahawa Allah swt berfirman:

“Aku berasa malu untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq atau Fairuz di jarinya.”

Imam Jafar(as) berkata: Aqiq memastikan keselamatan seseorang sewaktu bermusafir.

Jika seorang Syiah memakai mana-mana salah satu dari 3 jenis Aqiq, antara khasiatnya ialah bertambah rezekinya dan dilindungi dari semua nasib malang, bahaya, kemalangan dan bencana. Ia juga akan melindungi dalam keadaan ketakutan, seperti ketika berhadapan dengan pemimpin zalim.

Sumber lain (Baca bersama hadis):

Aqiq Yamani menjaga pemakainya dari bahaya. Juga membuatkan pemakainya sentiasa tenang dan berhati-hati

Selain itu, ia juga membantu seseorang melihat diri sendiri dengan lebih jelas dan memandang dunia dengan pandangan yang lebih luas. Memakai Aqiq juga dipercayai dapat mengubati insomnia, iaitu penyakit susah untuk tidur. Kebahagiaan keluarga, kemakmuran, kemajuan dalam kerjaya, pendek kata kemurahan rezeki, insyaAllah dicapai dengan izinNya.

Aqiq Yamani mempunyai kualiti-kualiti tersembunyi yang hanya dapat dirasai apabila kita memakainya. Antaranya kualiti kesihatan yang bertambah baik, kestabilan kewangan, menolak sihir dan menambah keyakinan diri.

Akhir kata, batu ini turut mendapat penghormatan dari agama-agama lain dan sudah digunakan sejak zaman Nabi Adam(as).

Yakoot

Imam al Jawad berkata batu Yakoot(delima) menghilangkan kerisauan.

Imam ar Ridha juga menambah bahawa batu Yakoot memudahkan kesukaran.

Adalah diriwayatkan bahawa cincin yang disedekahkan ketika beliau sedang rukuk adalah cincin berbatu Yakoot, wallahualam

Antara khasiat lain:

Membantu kerohanian pemakai, dan menambah status pemakai ketika hidupnya.

Perlindungan dari ketakutan, malang dan bencana.

Pemakainya insyaAllah berjaya, optimis, berkepimpinan, cerdas akal dan berstatus tinggi.

Membantu perkembangan daya kemahuan, keberanian dan kecergasan.

Fairuz

Imam Sadiq menyatakan bahawa barangsiapa yang memakai cincin Fairuz, tidak akan mengharap pada makhluq lain.

Seseorang menziarah Imam Ridha dan mendapati Imam mengenakan cincin Fairuz yang terukir Lilla hil mulk- Allah Tuhan segala kerajaan(3:189)Apabila orang itu terus memerhatikan, Imam bertanya samada beliau dapat mengenali ukiran itu. Orang itu menjawab tidak. Lalu Imam menerangkan bahawa Jibril telah menurunkan cincin ini kepada Nabi sawa sebagai hadiah dari syurga, dan sejak dari baginda, ia telah menjadi warisan turun temurun di tangan para Imam.

Rasulullah bersabda Allah swt mendapati sangat sukar untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq dan Fairuz di jari mereka.

Penulis “Kit’ab al Farhat” menyatakan bahawa, “Amir al Muminin bersabda:
“Ia melindungi mukmin dari malang.”.

Imam Hasan juga menggunakannya. Penulis kitab “Kanz al Haqaiq” meriwayatkan hadis dari Abi Abdillah Imam Jafar Assadiq:
“Ia membantu menghilangkan kemiskinan dan kekurangan dana.”

Abi Abdillah Imam Jafar Assadiq juga menasihatkan Syedna Mufaddal untuk memakai cincin berbatu Fairuz dan bersabda:

“Ia memberikan kekuatan kepada mata, sihat untuk jantung dan melabarkan dada.”

Abi Abdillah Imam Jafar bersabda:

“Barangsiapa yang memakai cincin Fairuzah tidak sesekali akan bergantung pada orang lain atau melihat kemiskinan”.

Di dalam kitab “Marifat al Jawahir” telah diriwayatkan beberapa khasiat batu ini antaranya:

• Melindungi dari sihir, kejahatan dan ular

• Melindungi dari kematian yang teruk terutamanya dari bencana alam, dan memberi keselamatan dari dibunuh.

• Jika seseorang itu melihatnya terlebih dahulu apabila bangun dari tidur, Allah akan memberikannya keselamatan dari kesusahan

• Memperbaiki penglihatan dan menambah baik.

• Memanjangkan umur

• Kemenangan ke atas musuh

• Melindungi dari masalah jantung, malaria dan tekanan.



Durr Najaf dan Hadid Sin

Batu ini di dapati dari Najaf al Asyraf dan batu yang di ambil dari sungai lebih cantik dari yang di ambil dari daratan. Riwayat dari Aimmah(as) menunjukkan terdapat kebaikan yang sangat besar dengan memakai batu Durr Najaf.

Imam Sadiq berkata, walaupun sekadar memandang batu Durr Najaf membuatkan hati setiap mukmin gembira dan menghilangkan kesakitan di mata mereka.

Khasiat lain batu ini adalah ia mampu mengingatkan semula memori lama dan membantu dalam menyelesaikan masalah. Ia juga mampu memberi tenaga dan stamina kepada zahir yang sudah lemah.

Dur Najaf dengan lembut menarik keseimbangan tujuh sinar warna kepada badan, emosi dan minda. Di dalam proses ini, ia membetulkan sebarang ketidak seimbangan warna kepada zahir dan batin anda. Apabila anda seimbang di peringkat ini, segala aspek kehidupan akan bertambah baik.

Imam turut menyatakan beliau mahu setiap mukmin mempunyai 5 cincin. Cincin yang pertama ialah yakoot. Yang kedua ialah Aqiq, sebuah batu yang mempunyai perasaan sayang kepada Allah dan Ahlulbait(as). Batu yang ketiga ialah Fairuz, yang menguatkan mata, meluaskan dada dan menguatkan hati. Mana-mana mukmin yang melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan Fairuz di jarinya, maka pekerjaan itu pasti lancar.

Cincin yang keempat ialah cincin Hadid Sin, tetapi bukan selalu. Pakai hanya jika seseorang itu merasa takut akan sesuatu, ia akan menjauhkan syaitan, menghilangkan rasa takut, juga dipakai ketika peperangan dan untuk kekuatan.

Ia juga boleh menambahkan memori dan intelek, menguatkan sistem peredaran darah dan penghadaman.

Jed

Imam ar Ridha berkata batu Zajerbad (jed) memudahkan kesukaran, dan menukarkan yang miskin kepada kaya, dan barang siapa yang mengenakan cincin delima kuning(Syarafus Syam) tidak akan menjadi miskin.

Diambil dari “Tahdhib ul Islam” – P.E.T Publications

Imam Ali kerap memakai 4 cincin di tangannya, iaitu Yakoot untuk kecantikan dan kemuliaan, Fairuz untuk bantuan langit dan kejayaan, Hadid Sin untuk kekuatan, dan Aqiq untuk melindungi dirinya dari musuh dan nasib malang.

Oleh itu, tanyalah diri anda, adakah anda mempunyai simbol keimanan ini? Wallahualam

Sumber: facebook Sri Wastini

1 komentar "Khasiat Cincin Batu ", Baca atau Masukkan Komentar

Unknown mengatakan...

Permisi admin, numpang promo nih, jika melanggar silahkan dihapus..:)

Bagi anda kolektor batu cincin atau penggila batu permata, yang membutuhkan informasi seputar batu akiki, batu bacan, batu ruby (merah delima) dan lainnya, silahkan berkunjung di blog saya di :

>> http://infobatucincin.blogspot.com <<

Terima Kasih :)